Saturday, May 2, 2009

Drama Competition.







So i'm in hell. Repeating ; H-E-L-L. Tidak ku ngerti mengapa mereka mentertawakan diri ini sebaik sahaja mengetahui aku sebahagian daripada ahli sketsa SAB. whoaa, proud sabians. HE-HE. Mungkin agak pelik jikalau kedengaran 'iman' ahli sketsa? berlakon? Hihi. -__- Jangan memandang rendah. Ada bakat apa. Seperti hendak WOOHO. Tidak mengapa. Pulau kan sahaja. Seronok ke berdrama ini? Pada awalnya agak membosankan tetapi apabila berlakon pada hari pertandingan iaitu 29 April 09, serasa seperti pelakon teater puteri gunung ledang pula. HA-HA. (sekali lagi).

Semalam lah kan? ke kelmarin? tulat? Tak Tak. Betul lah semalam. Berlakon di SMK teknik kl. Pemikiran pelajar sekolah itu agak kolot lebih sedap di dengari kuno. Kelakuan seperti rempit pun ada. Haih. Tak baik tak baik. Sesampai sahaja di sekolah tersebut, allahuakbar ramai orang. Dup dup dap jantung. Sebelum tukar baju, bersarapan dahulu bersama kak ieka, kak zulaikha, mek, quayyum, myra, thira, anis, zul, aidid. OH ya adhoy sekali. Dekat sana aku asyik berkepit dengan adhoy sahaja.

Setelah salin pakaian untuk sketsa, situasi semakin kelam kabut. Persembahan yang ke-4. Alhamdulillah buat dengan baik sekali. Suara aku lontarkan sangat kuat sampai nak keluar anak tekak. Sampai ke belakang pun boleh dengar tanpa pembesar suara. Ada beberapa pelakon terlupa skrip. Tapi nasib baik dapat *cover. GAHH.
sbs dan sbu buat dengan amat baik sekali. Hanya dua buah sekolah itu sahaja yang ditakuti menjadi saingan kepada sekolah sab ini. Sekolah lain? Petik jari pun dah boleh kalah kan. (berlagak).

De-BOMB! Teka lah sekolah kami ini dapat tempat keberapa? Ke-3 je. Tapi tak apa lah. Tak ada lah malu sangat kan. Sekurang-kurangnya ada tempat kan. (practice last minute). Cuma yang sedih tak dapat masuk peringkat zon pudu. Tak apa lah. Menang kalah adat permainan. Menang, teruskan. Kalah, cuba lagi. Tak disegani. Tapi pengalaman dipelajari. Sekurang-kurangnya.
Tahniah kepada sbu, tempat pertama. Sbs, tempat kedua. Teruskan usaha anda.
Sekian.
*Tanpa rasa