God, please please tuhan yang maha esa YA ALLAH ya TUHANku.
Diri ini serasa kesunyian dan amat berang tatkala berdepan dengan hasutan syaitan yang tidak henti-henti menambahkan perasaan amarah yang sudah cukup dengan nanah yang dirobek oleh makhluk-makhluk sekeliling yang tidak pernah sekali pun cuba dengan lebih matang mendekati dan mendalami diri yang tidak seberapa yang hina yang lagi kerdil ini. Apa sebenarnya yang dikau mahu dalam menjalani lumrah hidup penuh dugaan ini? Sememangnya perasaan amarah ini dipunyai oleh setiap makhluk tuhan di bumi yang indah dan lagi nyata ini. Tetapi perasaan benci meluap-luap semakin hari semakin hari semakin hari semakin melarat kepada perasan amarah yang terlalu lantas lansung tidak dapat ditafsir dan dikawal. Penat penat penat, itu sahaja lah yang bisa dihambur keluar dari bibir ini tatkala dilanda emosi yang terlalu. Otak, tolonglah memahami hati ini. Bersatu lah dengan hati ini. Jangan lah bertindak tanpa memikirkan perasaan hati ini. Tolong lah tolong lah tolong lah....
*pepohon